Thorium



Thorium adalah sejenis logam radioaktif yang boleh ditemui secara semulajadi pada kadar yang rendah dalam tanah, batu dan air. Thorium mempunyai beberapa jenis Isotop yang berbeza samada secara semulajadi mahupun buatan manusia, semuanya adalah bersifat radioaktif. Logam ini yang selalu ditemui secara semulajadi adalah dari jenis thorium-232.

Thorium-232 yang melalui proses pereputan radioaktif akan membebaskan partikel-partikel alpha yang disusuli radiasi gamma dan menghasilkan radium-228. Proses pembebasan radiasi dan penghasilan satu radionuclide baru ini akan berpanjangan sehingga plumbul-208 yang stabil terhasil. Jangkahayat separa (half life) bagi thorium-232 adalah selama 14 billion tahun. Dua lagi isotop bagi thorium yang dapat ditemui adalah thorium-230 dan thorium-228. Kedua-duanya membebaskan partikel alpha dan sinar gamma untuk proses pereputan.

Sumber di sini


Admin
Dengan perancangan yang kurang teliti dan masih tidak mempunyai pelan lengkap (Ruj: The Star Online, 11 Mac 2011) berkenaan bagimana sisa thorium akan di simpan selepas proses ‘refinery’, kita patut berasa risau bagaimana bahan radioaktif thorium yang jangkahayat separanya mencecah berbillion tahun ini akan disimpan di Malaysia. Kita bukan lagi sekadar bercakap berkenaan sepuluh dua puluh tahun projek yang akan memberi kesan kepada anak-anak kita, tetapi kita akan bercakap berkenaan projek ini sepanjang hayat jika projek LAMP ini tidak diteliti dengan baik.

Comments

Post a Comment