Bagaimana projek ini beroperasi?



Elemen-elemen nadir bumi (Rare earth elements – REE) atau nadir bumi oksida (Rare Earth Oxides – REO) ditemui secara semulajadi sebagai Monazit. Monazit merupakan sejenis mineral fosfat yang mengandungi REE ringan terutamanya Ce, La, Nd dan Pr. Mineral ini juga mengandungi sebahagian kandungan REE berat seperti Y dan elemen radioktif Thorium. Logam nadir bumi ini bergabung dengan PO4 untuk menghasilkan Monazit (Ruj: Wikipedia). Pada mulanya, mineral Monazit, tanah, pasir, batu dan sebagainya akan dilombong dari Pergunungan Weld. Pergunungan Weld mengandungi hampir 8%-12% kandungan REO iaitu bersamaan 400 ppm Thorium (bersamaan 400 gram Thorium bagi setiap tan bijih).
                Bijih yang dilombong dari pergunungan Weld akan dihantar ke sebuah Loji iaitu tempat di mana mineral tersebut akan dipisahkan daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti tanah, pasir dan batu. Hasil utama dari loji ini adalah mineral monazit, yang mengandungi hampir 40% REO dengan 1600 ppm Thorium. Produk ini akan dibawa dengan menggunakan kapal dari Australia ke Gebeng iaitu lebih dari 4000 km jarak perjalanan untuk proses seterusnya.
                Di Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang, matlamat pemprosesan disini adalah untuk mengekstrak 40% REO daripada bahan asas untuk menghasilkan REO yang tinggi ketulenannya. Bahan-bahan kimia lain seperti asid sulfurik, ammonia dan magnesium hidroksida akan dimasukkan dalam proses pengeksrakan dan penulenan logam nadir bumi ini.
                Apa yang terdapat dalam lumpur buangan ini adalah kebanyakannya bahan-bahan fosfat, gypsum, magnesium dan Thorium. 40% bahan asas ekstrak digunakan bagi penghasilan produk bagi REO, jadi kepekatan Thorium yang menjadi sisa adalah lebih tinggi dari bahan asas tersebut. Dalam isu ini, Lynas gagal untuk menjelaskan kepekatan sebenar Thorium yang dihasilkan. Dalam erti kata lain, hampir 120 tan Thorium akan dihasilkan dari LAMP setiap tahun (Ruj: Malaysia Insider, 12 April 2011: Temuramah bersama N Curtis)
                Bahan akhir produk REO yang bernilai ini akan dieksport ke Amerika Syarikat, Negara-negara Eropah serta Jepun, dan apa yang tinggal di Malaysia hanyalah bahan buangan, termasuklah bahan berkaitan sisa radioaktif Thorium, yang mana Lynas sehingga kini masih tidak mempunyai pelan jelas untuk mengurus, membuang dan menyimpan bahan sisa ini (Ruj: Malaysia Insider, 12 Apr 2011).



Diubahsuai dan diterjemah dari Dr. L, Save Malaysia.
Admin


Comments

Post a Comment