Re: MB Pahang dakwa loji Lynas ‘terlalu dipolitikkan’



TEMERLOH, 17 Mei — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) meminta semua pihak menunggu keputusan panel bebas yang mengkaji aspek keselamatan terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
Beliau berkata, tindakan berdemonstrasi atau bantahan terhadap pembinaan kilang itu yang didalangi pihak pembangkang dilihat lebih bermotifkan politik semata-mata.
“Semua pihak termasuk pihak pembangkang kelak harus menerima apa juga keputusan panel bebas itu,” katanya kepada pemberita di Pekan Kerdau di sini.
Dalam laporan dibawa Berita Harian Online petang ini, Adnan dipetik berkata, isu pembinaan kilang itu dilihat terlalu dipolitikkan sekali pun Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) sebelum ini sudah mengesahkan bahawa kilang berkenaan adalah selamat.
Ahad lalu, empat orang termasuk dua wanita ditahan selepas terbabit dalam perhimpunan haram di depan pejabat DAP Pahang kerana membantah pembinaan kilang berkenaan.
Pembinaan kilang bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, di kawasan perindustrian Gebeng itu menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.
Beberapa siri penerangan yang dianjurkan LPTA dan kerajaan negeri Pahang di sekitar Kuantan baru-baru ini dilihat tidak memberi kesan positif.

Rujuk di sini


Admin
Datuk Seri, siapa yang mempolitikkan hal ini? Adakah kajian kerajaan sudah begitu teliti dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak? Atau sekadar ibarat melepaskan batuk di tangga? Persoalan yang ingin dikemukan disini adalah, adakah penilaian semula dan perlantikan panel bebas dari LPTA akan dilantik jika tidak mendapat tekanan dari suara rakyat?
Apa pandangan Dato Seri apabila ada pimpinan muda dari MCA sendiri yang akhirnya turut mengikut arus membantah projek LAMP ini? Tidakkah ini boleh Datuk Seri namakan sebagai mahu bermain politik juga? Dan kenapa pihak Lynas, LPTA dan kerajaan Pahang tidak dapat memberikan jawapan yang konkrit dan padu bagi setiap persoalan yang dikemukakan oleh wakil penduduk dalam forum yang pernah dianjurkan sebelum ini (Ruj: Youtube.com).

Comments

Post a Comment