Lynas: sekilas pandang



Lynas Corporation Ltd. iaitu sebuah syarikat yang beribu pejabat di Sydney, Australia merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan pemprosesan Rare Earth atau nadir bumi. Syarikat ini telah menjalankan kegiatan melombong nadir bumi jauh di Pergunungan Weld, New South Wales di Barat Australia.
Syarikat ini juga telah didaftarkan di Malaysia di bawah nama Lynas Corporation Malaysia Sdn. Bhd. untuk menjalankan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Pusat Industri Gebeng, Pahang dengan nilai pelaburan melebihi RM 700 juta.
Gebeng di pilih sebagai lokasi yang strategik atas beberapa faktor, antaranya;
“The LAMP is being built in Malaysia due to the readily available industrial infrastructure, including  industrial land, sources of gas, water and electricity, re-agents from local suppliers and a port that can manage container, chemical and bulk shipments. The area where the plant is being built also offers much knowledge infrastructure, such as technical and trade skills and chemical industry experience. The government infrastructure is in place and provides accountable regulators, clear legal frameworks and FDI incentives(www.lynascorp.com)

Dengan kestabilan politik dan sistem penguatkuasaan undang-undang di Malaysia yang menyokong berjayanya projek ini, pihak Lynas mensasarkan perolehan 1.7 billion dollar keuntungan tahunan iaitu bersamaan dengan 1% perolehan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2010.

-bersambung

Comments

Post a Comment